Nara seorg ank ytim pi4tu. Bila ada yg n4k ambik jd ank angk4t, aku terlps cakap. Bila Mariam dtg brkerusi roda, aku rs brsalah.

 

Assalamualikum dan salam sejahtera.

Ramai dari antara kita ni yang ambil keputusan untuk ambil anak angkat. Dulu aku ada satu tanggapan yang kalau ambil anak angkat, ambil dari umur yang kecik macam 1 tahun, 2 tahun. Pernah juga dulu aku dengar nasihat orang tua, “ambil anak angkat yang umur kecik lagi. Jadi nak didik senang. Kalau dah besar jadi liar”. Aku pun setakat dengar masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

Di sini ada sedikit kisah satu perjalanan yang aku ingin ceritakan. Mungkin ada beberapa bahagian yang orang akan anggap rekaan. Tak apa ini semua sekadar bacaan. Boleh anggap ini betul terjadi, atau mungkin sekadar rekaan. Jadi umur aku pun jejak 27 tahun, baru habis graduate dan mula kerjaya dekat financial firm.

Hari raya, syarikat aku ada buat aktiviti meraikan anak anak yatim. Jadi kami datang ramai ramai pergi melawat rumah anak anak yatim. Bawa macam macam jenis makanan, pakaian dan mainan. Dari umur 1 tahun sampai lah berbelas tahun yang ada dekat rumah tersebut.

Aku pun cuba berbual dengan mereka, topik kanak kanak dan macam macam lagi. Sebelum balik, aku nak buat macam kenangan gitu. Aku pun cadang mana yang boleh menulis. Tulis dalam kertas apa yang diorang nak untuk raya tahun hadapan.

Jadi semua pun tekun tulis, habis tulis aku kumpul dalam kotak simpan dan bawa balik. Jadi lepas seminggu aku sebenarnya terlupa nak baca tulisan tersebut sebab minggu tu aku agak sibuk kemas rumah sebab nak pindah.

Jadi selepas dua bulan, baru aku macam teringat dan cari balik kertas tersebut. Aku pun baca satu persatu kebanyakkan nak makan coklat, nak air coklat, nak baju kartun, nak tengok kartun, nak main game dan macam macam lagi. Sampai satu kertas ni, dia tulis “nak jumpa papa mama”. Dekat kertas tu bawa ada tulis nama, jadi aku pun check.

Nama dia Nara, mula mula aku macam oh unik nama ni sebab ada 4 huruf dan nama aku pun kebetulan cuma ada 4 huruf. Jadi aku pun lepas baca simpan balik. Aku bagi dekat kawan kerja lain sebab diorang nak baca. Tapi yang tulisan dari “Nara” ni aku simpan.

Bulan hadapan, aku datang balik rumah anak yatim tu. Aku bawa coklat, air dan macam macam lagi. Jadi aku pun borak dengan “Mak imah” dia yang jaga rumah anak yatim tu.

Aku tanya mana satu yang nama Nara, jadi mak imah ni pun tunjuk aku pun tengok dari jauh. Tanya mak Imah berapa umur dia, mak Imah jawab umur dia 7 tahun. Dan baru 2 tahun menetap dekat rumah anak yatim, papa dan mama dia rupanya meningal dunia akibat kemalangan. Ada saudara mara tapi tak ada yang nak jaga.

Lepas dekat Sejam berborak ni ada orang datang, mak Imah pun sambut. Kami berdua pun setakat angguk gitu maklumlah first time jumpa. Jadi aku pun cakap dengan mak Imah yang aku nak undur diri. Tapi mak Imah suruh tunggu dan ajak makan sekali ramai ramai. Aku pun setuju rasa tak elok pula nak tolak.

Jadi secara unofficial aku pun jadi orang ketiga dan mak imah pula bersembang dengan tetamu yang datang tadi. Lepas dalam 15 minit yang datang tadi tu keluarkan satu file nama Nara jadi rupanya dia datang nak cari budak nama Nara.

Jadi mak imah pun bangun nak cari Nara ada orang nak jumpa. Aku pun tanya “kenapa akak cari budak tu”. Dia jawab ada orang suruh tolong carikan. Aku pun angguk kepala cakap “oh” selang beberapa minit Mak imah pun datang dengan Nara.

Nara ni pun bila datang sopan pula dia salam tangan aku dengan yang akak tadi tu sambil kenalkan diri. Akak ni pun straightforward tanya, “Nara nak ada mama baru tak?”. Jadi aku macam terkejut dalam hati eh straight forward betul. Macam ni ke prosedur nak ambil anak angkat.

Jadi sebelum Nara ni jawab, aku pun macam tak sengaja tanya, “akak nak adopted Nara ke” dia jawab bukan tapi “kenalan” dia yang nak adopt Nara. Jadi aku tiba tiba macam marah. Aku pun terlepas “kalau macamtu kenapa tak kenalan akak tu datang sini jumpa Nara ni dan tanya depan depan. Hantar wakil macam ni agak tak elok.”

Jadi aku macam terkejut dan terus minta maaf. Akak tadi pun cakap sorry dan terus keluar cakap nak call kenalan dia ni. Dalam bilik tu agak awkward juga, jadi nak hilang sunyi sepi aku pun borak dengan Nara, tanya umur berapa, ada hobi ke tidak.

Jadi Nara ni pun elok petah bercakap dan bilingual. Dia cakap dekat rumah dulu mama dengan papa guna Melayu dan Inggeris. Tengah rancak berbual ni, aku dalam hati terdetik keluarga Nara ni confirm atleast in professional field. Jdi macam hairan, takkan saudara mara dia sorang pun tak ada nak ambil dia. Jadi lepas 30 minit ni Mak Imah ajak pergi ruang makan.

Aku pun ikut dengan Nara, dalam masa yang sama datang satu kereta akak yang tadi tu dengan sorang Wanita yang aku rasa kenalan dia. Bila tengok dari jauh, akak tu tolak wanita tadi yang duduk atas wheelchair. Aku dalam hati terus rasa bersalah pula tadi main cakap lepas.

Jadi wanita ni tadi pun mula mula tegur Nara. Kenalkan diri nama dia Mariam dan lain lain. Aku waktu tu fikir nak balik saja sebenarnya, sebab iyalah rasa macam betul betul unknown party. Selang 2-3 minit, yang wanita tadi nama Mariam tengok aku dan cakap “sorry i sepatutnya datang face to face, instead of hantar wakil” aku pun angguk sambil cakap it’s okay.

Mak Imah pula sambil tu ajak kami semua makan. Jadi aku pun ikutlah duduk makan dekat ruang makan tu. Yang Mariam ni tadi pula berbual elok dengan Nara. Aku rasa memang dia betul nak ambil Nara jadi anak angkat.

Habis makan dan segala macam semua aku pun cakap nak berundur diri sebab nak singgah kedai beli barang. Aku pun balik, sebelum balik tu aku bagi Nara Coklat, lepastu baju yang ada kartun winx club tu. Sebelum balik Mariam ni pula nak exchange contact. Aku pun bagi, lagipun aku nak tahu juga jadi ke tidak dia nak adopt Nara ni.

Dalam masa sebulan tu kehidupan aku berjalan macam biasa. Bangun pagi, pergi kerja, petang balik, makan malam apa semua, tidur dan ulang balik dari awal. Hujung minggu pula aku memang dekat rumah tak ada pergi kemana. Ahad petang, aku pergi mall sebab nak beli kasut.

Tengah jalan jalan ni aku Jumpa Mariam, Nara dengan sorang lagi wanita. Mula mula aku ingat macam nak mengelak. Tapi Nara terpandang aku dia pun lambai aku pun rasa bersalah pula nak mengelak. Jadi aku pun pergi jumpa Nara.

Dah tegur sapa dalam 10 minit aku pun tanya Mariam dia okay ke tak, dan macam mana dengan Nara. Dia pun jawab dalam proses, dan agak complicated sikit sebab dia single women. Kalau macam married punya proses lagi senang. Jadi aku pun angguk sambil pura pura hulur pertolongan “kalau ada apa apa boleh call mana tahu boleh tolong” dalam masa yang sama Mariam pun ajak aku join dia dengan Nara sekali.

Aku pun jawab okay lagipun balik rumah bukan ada apa pun. Jadi aku teman dari makan fast food, arcade, dah sejam lebih tu aku baru tanya Mariam siapa yang ikut dia ni. Rupanya orang gaji dia, kira macam bodyguard gitulah.

Aku pula dalam hati “orang kaya rupanya”. Lepas dah dekat 3 jam Mariam pun nak balik dengan Nara. Nara pun penat aku tolong dukung dan tolong hantar hantar ke kereta. Sambil tu aku tanya Mariam yang Nara tinggal rumah dia ke, dia jawab iya dah seminggu.

Lepas letak Nara dalam Kereta, Mariam pun cakap kalau free boleh datang jenguk Nara dekat rumah dia. Kalau nak datang sms atau call, nanti dia bagi alamat.

Aku pun cakap next time. Aku pun cari tempat parking aku dan terus balik. Malam tu aku hantar sms dekat nombor Mariam dan taip, nanti kalau Nara ada masalah apa apa telefon nombor ni. Kalau dekat mungkin boleh tolong. Geram juga sebenarnya dah hantar sms tapi tak kena balas.

Esok pagi baru Mariam balas itu pun dia balas “Sure, thanks” seminggu kemudian. Mariam hantar sms “Nara want to see you” jadi aku pun ajak jumpa dekat restaurant ni. Mariam, Nara dan bodyguard dia. Aku pun tanya Nara how’s school and everything. Jadi dia pun cerita satu persatu, sekolah baru, kawan baru.

Sekolah baru dia lagi besar dari sekolah lama, rupanya sekolah private. Dalam masa yang sama dia dah panggil Mariam, mummy. Aku pun macam “wow mummy Mariam, kenapa tak bonda Mariam” tapi itulah lawak pun kena ignore.

Nara yang talkative ni pun bercerita, aku pun enjoy saja dengar. Lagipun daily life aku bukan ada apa sangat, jadi bila dengar Nara bercerita baru rasa macam something new gitu. Dalam 2 jam juga sibuk borak makan semua kami semua pun balik.

Mariam pula cakap bulan depan birthday Nara jadi dia invite aku datang rumah dan celebrate dengan Nara. Aku pun jawab okay tak ada masalah. Jadi selama sebulan tu, dalam seminggu 2 kali aku telefon Mariam nak cakap dengan Nara, nasib baik Mariam okay dan tak pernah complain.

Hari Jadi Nara aku beli dress yang macam princes. Bila aku tengok alamat yang Mariam kasi aku dah “damn ini kawasan rumah orang kaya” bos aku pun duduk area situ. Aku pun hantar sms dekat Mariam tanya “ada specific dress code ke?”

Dia balas “casual” aku pun lega lah juga. Jadi aku pun drive pergi rumah mariam ni, dan of course macam “terkejut” sebab rumah dia lagi besar dari rumah boss aku.

Aku nak masuk pun waktu tu macam out of place sangat. Nasib baiklah Mariam datang depan gate dengan Nara. Bila masuk tengok ada dalam 40 orang. Majority kawan sekolah baru Nara dengan parents diorang. Lepas sesi kenal mengenal terus start nyanyi happy birthday to you. Dah celebrate makan apa semua.

Aku pun minta izin balik, iyalah dah malam dan lagi satu rasa awkward betul dekat situ. Nara of course sembang dengan kawan sebaya dia, Mariam pula dengan parents diorang. Aku pula unknown party macam biasa. Aku pun jumpa Nara cakap happy birthday, kasi hadiah sebelum balik. Lepas bersopan santun semua aku pun balik.

Balik rumah teruskan kehidupan macam biasa, hari berganti hari, bulan, dan akhirnya tahun baru. Dalam seminggu sekali aku akan keluar jumpa Nara, masuk tahun baru Mariam pun cakap application anak angkat untuk Nara baru 40% progress dia.

Dan bulan depan akan ada interview dengan pihak kerajaan, Nara dan Mariam. Jadi balik tu aku try tanya beberapa kenalan yang aku tahu ada ambil anak angkat. Jadi bila dengar cerita oh proses diorang lain sebab suami isteri, dan single parent pun process lain.

Aku call mariam suruh ingatkan aku nanti kalau nak pergi interview tu biar aku teman. Malam sebelum interview aku jenguk mariam dengan Nara dekat rumah. Sebelum tu buat practice sikit dengan Nara takut ada tricky questions ke apa, 2 jam juga.

Habis saja mariam terus suruh Nara tidur, sebab besok kena pergi pagi. Aku pun suruh Mariam rilex dan besok jawab macam biasa. Lagipun bukan ada benda yang hendak di sembunyikan. Esok aku pun teman Nara dan Mariam pergi interview.

Aku duduk dekat parking tunggu, dah 3 jam baru keluar dan selesai. Mariam cakap Nara tak ada masalah, tapi concern pegawai kerajaan tu ialah Mariam sendiri. Pertama sebab dia OKU dan 24 jam guna wheelchair. Mariam jawab dia tak ada masalah, sebab dia boleh upah orang untuk safety Nara. Kiranya untuk financial dia tak ada masalah langsung.

Katanya, pegawai tu tak berapa convince. Iya mariam financially dia tak ada masalah, tapi banyak benda lain yang dia agak limited. Bila aku dengar pun macam betul complicated ni. Jadi pegawai yang interview tu cakap dalam 2-3 bulan diorang akan bagi surat review atau notis or something.

Jadi 2 bulan tu Mariam ni dah tak tenteram, katanya instinct dia 100% gagal. Siap decide nak rasuah orang dalam lagi. Aku pun yang dengar ni terkejut, kalau kantoi kesan yang teruk dekat Nara. Silap haribulan kena ambil dengan jabatan Kebajikan.

Aku suruh Mariam tenang dan tunggu. 2 bulan kemudian surat pun sampai. Dalam surat tu dia tulis macam permohonan pertama untuk anak angkat di tolak dan suruh buat permohonan baru dan seterusnya akan ada pegawai datang rumah secara untuk interview sekali lagi.

Mariam dah dalam sejam juga dia rage. Aku nak taknak terpaksa telan saja lah dengar. Aku suruh Mariam apply lagi sekali, Mariam pun lantik lawyer suruh tolong selesaikan masalah Nara punya adoption process. Jadi aku pun jumpa sekali dengan peguam ni, dia pun cerita single parent punya permohonan agak complicated dan lagi satu sebab Mariam OKU jadi macam huge wall nak lepas di terima atau tidak.

Mariam jawab dia financially dia tak ada masalah. Peguam tadi pun kongsi yang normal procedure ambil masa 2 tahun untuk dapat sijil anak angkat. Kalau untuk Nara mungkin lebih lama. Mariam agak tak tenteram sebab dia cakap kalau permohonan kedua dia ni gagal dan reset dia kena tunggu lgi beberapa tahun.

Peguam tadi pun dia suruh bagi masa seminggu, dia akan cuba cari alternative yang boleh cepatkan proses tersebut. Dalam kereta balik tu memang aku diam, Mariam pun diam. Seminggu kemudian Mariam call aku, cakap peguam tu dah jumpa few alternative. Aku pun okay jumpa, point pertama ialah apply sambil tunjuk strong point dekat Mariam punya financial, jadi walaupun dia OKU tapi tak ada masalah langsung.

Dan dia ada tunjuk few examples semua Point kedua, kena jumpa Nara punya saudara mara dia akan wrote a letter nanti 2 atau 3 orang relative dia yang masih hidup akan sign macam melepaskan sepenuhnya tanggungjawab. Yang ketiga kahwin, dia suruh Mariam dapat marriage certificate dan re-apply sijil anak angkat sebagai suami isteri dan mungkin kurang dari 2 tahun akan di luluskan.

Lepas consider 3rd option paling bagus, kedua iyalah jumpa Nara punya relative dan last sekali 60/40 Mariam punya financial. Aku sebenarnya agak musykil jadi tanya peguam tu, bukan sepatutnya kalau keluarga kaya macam Mariam nak ambil Nara sebagai anak angkat proses patut lagi senang ke?

Iyalah she have the money and stuff kan. Peguam tu jawab iya kalau foster parents yang kaya probability dia almost 100% kalau single parent yang kaya pun atleast 80%. Tapi masalah utama Mariam iyalah dia disable person, of course dari kewangan dia tak ada masalah.

Boleh hantar dekat sekolah mahal, makan sedap, expensive clothes. Tapi sebab dia OKU dia punya bonding agak limited dan there is higher chance Nara akan spent lebih masa dengan orang gaji atau orang yang Mariam upah berbanding dengan mak angkat dia sendiri. Sebenarnya ada panjang lebar lagi, bila aku dengar gile complicated.

Peguam tadi suruh Mariam balik dan decide method mana yang dia prefer, dlam perjalanan balik tu aku tanya Mariam dia ada atau tidak contact saudara mara Nara.

Dia jawab ada tapi kalau boleh taknak jumpa Nara punya relative, Mariam cerita yang relative dia basically grab the remaining asset of her parents and then letak dia dekat rumah anak yatim. Motor 2 biji and kereta sebiji kena jual dan share dekat relative Nara. Cash, barang kemas pun habis. Nara satu sen pun tak dapat.

Aku yang dengar pun macam “fxck, they stole everything?”, “Yup” aku pun macam marah, patutlah saudara mara dia tak ada sorang pun nak jaga dia. Tengah marah ni aku tanya Mariam, tak boleh take legal action ke. Dia jawab boleh, tapi first kena official yang dia mak angkat Nara.

Aku pun tak sengaja tertanya, kenapa Mariam pilih Nara jadi anak angkat dia. Iyalah, takkan Mariam pilih secara random. Kisahnya, Mariam secara tak sengaja ada dekat tempat kejadian waktu accident. Ada kereta ni dari jalan sebelah hilang kawalan jadi dia langgar kereta deret situ termasuk kereta parents Nara.

Nara ada dalam kereta tu dia selamat sebab pakai budak punya car seat. Nampak saja acc1dent tu Mariam yang dari side jalan lagi satu suruh driver dia tolong keluarkan Nara, driver dia pun tolong.

Sambil tu dia call ambulance dan tolong mangsa lain. Ambulance pun datang ambil Nara dan 2-3 mangsa lain. Yang terkorban Mak ayah Nara. 6 bulan lepas kejadian, Mariam pun suruh orang cuba cari Nara. Jadi lepas dua tiga bulan, jumpa Nara rupanya ada dekat rumah anak yatim.

Selama setahun lebih tu setiap bulan Mariam akan bagi sumbangan guna nama orang lain dekat rumah anak yatim tersebut. Aku pun tanya Mariam, jadi kenapa decide nak adopt Nara. Rupanya Mariam hantar wakil suruh anak anak dekat rumah anak yatim tu tulis apa hadiah yang diorang nak.

Aku macam terkejut, iyalah sebab aku suggest benda sama. Jadi Mariam pun kasitahu Nara tulis nak jumpa papa mama. Dalam kepala aku dah, takkan lah boleh kebetulan macam ni sekali. Aku pun bagitahu Mariam yang aku buat benda sama dekat rumah anak yatim tu dan Nara tulis benda yang sama.

Aku siap tunjuk lagi sebab aku ada simpan dalam wallet. Aku decide pergi rumah anak yatim tu lagi sekali sebab apa yang Nara tulis, dan Mariam pula decide nak adopt Nara sebab benda sama. Betul betul takdir. Balik tu aku cakap dengan Mariam eloklah bawa Nara jalan jalan esok, jadi aku pun dengan Mariam bawa pergi zoo, pergi muzium dan banyak tempat lagi.

Sambil tu bawa Nara singgah kubur mak ayah dia. Aku yang dekat belakang ni sambil berdiri teresak esak nangis dengar Nara bercerita. Yang Mariam jeling bagitahu jangan Nangis nanti Nara nangis.

Tapi nak buat macam mana tetap teresak esak juga dekat belakang. Dalam perjalanan balik tu, aku explain dekat Mariam. kalau boleh aku sendiri nak adopt Nara.

Walaupun financial aku tak ada lah gigantic macam Mariam tapi aku tak ada masalah bagi dia hidup selesa. Kalau macam side Mariam jadi halangan sebab dia disable jadi kalau aku yang sihat tubuh badan dan apply, mungkin chance di terima lagi tinggi.

Tapi Mariam tolak, kalau boleh dia nak jadi Nara punya foster parents. spur-of-the-moment aku cakap, then we should get married for the certificate lagi senang process. Esoknya, Mariam pun call dan cakap dia dah consider suggestions aku semalam dan accept married for the certificate dan suruh datang rumah dia asap.

Sampai rumah Mariam, aku explain semalam tu aku cakap secara tak sengaja. Lepas kena rage dengan Mariam dalam 20 minute dia pun cakap we should just proceed with marriage. Aku pun reject, sebab kahwin ni lifetime commitment.

Kalau macam dalam drama atau film iyalah nampak macam indah kahwin serupa contract ni. Tapi in real life, aku rasa benda ni worse. Lepas dalam sejam argue macam macam benda tak jumpa penyelesaian. Aku pun proposed dekat Mariam, instead of married for the certificate.

We should married for lifetime, iyalah secara jujurnya aku kenal dan interaksi dengan Mariam bukan baru sebulan dua. Tapi boleh tahan lama men1pu kalau aku cakap tak ada rasa suka. Tapi aku tak tahu Mariam macam mana. Mariam cakap give her one day, jadi aku dah macam kecewa.

Dalam hati aku dah cakap confirm kena reject ni. Tapi sebelum balik, Mariam explain dia bukan reject. Tapi dia nak aku fikir masak masak lifetime commitment bukan sekejap, tapi ambil masa seumur hidup. Balik rumah aku pun macam betul juga, tergesa gesa kahwin bukan benda mudah.

Aku pun mula menilai balik diri aku sendiri, dan dalam masa yang sama baru aku sedar satu benda. Jurang antara aku dengan Mariam ni jauh, dari segi kewangan jangan cakap berganda jauh. Aku setahun gaji baru 5 digit. Tapi Mariam punya annual salary cecah sampai 7 digit.

Bila aku nilai balik baru macam malu pula bila fikir balik, lepastu baru aku teringat bilik dia sahaja dah separuh saiz rumah aku. Bila aku fikir terus rasa down teruk. Aku kenal Mariam pun dari surface saja nama dia, tempat kerja dia, kerja dia. Benda lain aku tak tahu.

Jadi pukul 3 pagi, aku hantar Mariam sms. Cakap sorry sebab aku main lafaz nak lifetime married etc. Selama ni mungkin aku fokus sebab nak jumpa Nara mungkin dah teranggap macam anak sendiri jadi aku tak ada masalah bila tahu jurang aku dengan Mariam jauh.

Tapi bila dah fikir pasal kahwin baru aku rasa macam tersedar. Lepas accident tu, aku macam avoid mariam call pun sebab nak cakap dengan Nara. Kalau Mariam cakap Nara nak ajak pergi keluar itu ini, aku bagi alasan sibuk dan macam macam. 3 bulan juga aku tak jumpa Mariam dengan Nara.

Bulan depan Mariam telefon tapi keluar suara Nara, dia cakap “daddy let’s watch kungfu panda together” aku pun macam kelakar pun ada juga.

“Ini mesti mummy mariam yang ajar” jadi aku pun keluar, pergi tengok kungfu panda 2. Mariam pun tegur aku cakap kalau ada problem dekat tempat kerja atau personal boleh share mana yang dia boleh tolong. Aku pun jawab okay nanti next time ada masalah aku contact dia.

Sumber – Adam (Bukan nama sebenar) via IIUMC.

About admin

Check Also

Sering ab4i hidayah Allah sehinggal4h ditugask4n ke Jeddah, bekas pramugari nekad peluk Islam! Terkejvt reaksi keluarga

  MELAKUKAN penghijrahan bukanlah perkara yang mudah lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan anutan agama dan kepercayaan. …

Leave a Reply

Your email address will not be published.