Rebah Ketika B4ngun Dari Rukuk, Imam Solat Dijemput Ilahi Ketik4 Solat Subuh

Rebah Ketika Bangun Dari Rukuk, Imam Solat Dijemput Ilahi Ketika Solat Subuh

Dalam kejadian 6.10 pagi itu Allahyarham dikatakan menjadi imam ganti selepas imam bertugas dikatakan tiba lewat ke masjid.

Menurut sahabat baik ar wah yang juga makmum solat Subuh di masjid itu, Mohammed Md Jam, 73, di tidak melihat sebarang tanda sakit pada diri Mohd Rawi sebelum memintanya mengimamkan solat.

Itu yang berlaku ke atas Mohd Rawi Ismail, 61, apabila disahkan mening gal dunia ketika mengimamkan solat Subuh di Masjid Sultan Abu Bakar, di Raub.

“Selepas membaca surah Fatihah beliau membaca ayat lazim, cuma tersekat-sekat kerana tidak cukup nafas. Selepas rukuk, dia bangun dan nampak terhuyung-hayang hendak rebah ke belakang dan saya pun sambut dia.

“Saya baringkan dia dan dia tidak berkata apa tetapi nadi dia masih ada dan saya terus mengajar mengucap kalimah syahadah,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Menceritakan keperibadian suaminya, isterinya Mek Nab Che Sof, 58, berkata, arwah sering menasihati dia dan anak-anak supaya membaca dan menghafal surah Al Mulk setiap kali sebelum tidur.

Katanya, suaminya tidak pernah lupa membaca surah itu sebelum tidur dan juga kadang-kadang selepas solat.

“Secara kebiasaan saya dan suami setiap hari akan ke masjid bersama-sama kerana masjid dekat dengan rumah kami di Taman Bukit Koman, Raub.

“Kebetulan, semalam saya tidak pergi ke masjid bersama kerana hendak menyiapkan sarapan untuk dia sebelum pergi ke Temerloh atas urusan mesyuarat pesara kerajaan bersama rakannya,” katanya.

Beliau berkata, arwah yang juga bekas pembantu pertanian pernah membuat pembedahan pintasan jantung 13 tahun lalu dan tidak menunjukkan tanda sakit sebelum pemergiannya.

Mek Nab berkata, hasil perkahwinannya dengan Mohd Rawi mereka dikurniakan empat anak.

“Dia juga disifatkan seorang yang pemurah dan suka bersedekah kepada kanak-kanak, saudara dan sahabatnya terutama dia suka beri buah serta hasil cucuk tanam diusahakannya.

“Siapa yang berkunjung ke rumah pasti tidak akan pulang dengan tangan kosong,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Kama Azural Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Beliau berkata, mangsa disahkan m3ninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Raub dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Semoga beliau ditempatkan dalam kalangan-kalangan orang yang beriman,, Aamiin

Sumber: WB

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Beli bar4ng dapur cec4h RM300, isteri terdi4m suami marah2 kat4 boros

yutyututyutyutut Sudah menjadi tanggungjawab suami memberi nafkah kepada keluarganya, termasuklah menyediakan keperluan rumah seperti makanan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.