Walaupun Muhammad Bilal sudah lebih 3 bulan dilahirkan, wajah sebenar anak kepada selebriti Neelofa dan PU Riz ini masih belum didedahkan.
Bukanlah hendak terlalu berahsia, namun ia merupakan langkah berjaga-j aga untuk mengelakkan masaIah pandangan ain yang boleh memudaratkan seorang bayi kecil.
Alhamdulillah Bilal suka senyum..Orang datang rumah terus fall in love dengan senyuman manis dia (minit 3:00).
Menerusi perbualan ekslusif bersama rancangan ‘Nona’ sebelum ini, pengacara popular itu sempat mendedahkan sedikit ciri-ciri yang ada dalam diri Bilal.
Meskipun masih lagi kecil, nampaknya anak sulung mereka sejenis yang tidak takvt orang (friendly) malahan gemar tersenyum setiap kali ada tetamu datang menziarahi
.
Bilal sangat putih…Lagi putih dari saya & Harris…Tak tahu datang dari mana putih dia (minit 8:15).
Berkaitan panggilan kepada Bilala pula, PU Riz sendiri menyarankan agar digelar dengan nama sebenar sahaja. Namun selaku ibu, Lofa pula gemar memberikan nama timangan comel-comel seperti ‘Meatball’, ‘Little’ Pau atau `Little Snowman’ memandangkan Bilal mempunyai kulit yang sangat putih.
Bila dengar macam ni, lagi terasa nak tengok BiIaI…Neelofa pun keturunan putih-putih.
Mendengar petunjuk-petunjuk yang diberikan oleh Lofa, netizen semakin teruja hendak melihat wajah sebenar Bilal.
Namun mengenangkan kedua-dua artis ini mempunyai rupa yang sama-sama elok, maka tidak hairanlah anak mereka juga mempunyai wajah comel.
Sumber : pnews