Johan ajar an4k2 ilmu Tauhid – “Hart4 saya boleh wasiat, tapi ilmu kena tuntut..”

 

Meskipun sibuk dengan kerjaya, pelawak dan penyampai radio Johan sentiasa memberikan pendidikan Tauhid iaitu ilmu mengenal Allah kepada enam orang anaknya.

Menurut laporan Harian Metro, pemilik nama Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz itu sedar akan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa dalam memastikan ilmu agama diterapkan dalam kehidupan.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania)

“Anak-anak saya semua belajar di sekolah antarabangsa, kalau tak pun sekolah Cina. Jadi saya bertanggungjawab untuk beri pendidikan agama mereka.
“Saya bagi yang terbaik apa yang saya ada dan yang saya belajar. Saya cakap dengan anak-anak, harta saya boleh wasiat tapi ilmu kamu semua perlu tuntut.
“Nak tahu apa-apa tanya, belajar mengaji dengan saya dan saya akan bagi. Itulah saya banyak luangkan masa dengan mereka dari segi sekolah, main dan belajar,” kata pelawak berusia 38 tahun itu.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania)

Penyampai radio ERA itu berkata, Tauhid menjadi ilmu asas penting yang akan mengajar seseorang beragama Islam dalam mengenal Pencipta.

“Tauhid itu dulu. Itu yang paling penting. Tauhid itu kenal Allah dulu. Sebab sama jugalah kalau nak kenal agama kita kena kenal pencipta dulu.
“Masa kita budak-budak, kita kenal diri kita dulu ke kita kenal mak ayah dulu? Kita akan kenal mak ayah kita dulu. Kita akan kenal diri kita selepas kita kenal mak ayah kita.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania)

“Tanda tanya itu akan berbalik pada kita semula. Perkara sama dalam agama, kau kenal Tuhan dulu. Macam mana nak kenal Tuhan? Mengaji. Dalam Al-Quran Allah berkata-kata. Dari situ kau kenal Tuhan,” ujarnya.

Sumber omm

About admin

Check Also

“Inilah video yg sel4lu buat i sedih yg ter4mat”-Shuib Kongsi Momen Permintaan Siti Sarah Buat Ramai Sayu

  SETAHUN pemergian Allahyarham Siti Sarah turut dirasai oleh bapanya iaitu Raisuddin Hamzah yang mengakui …

Leave a Reply

Your email address will not be published.