‘Kami Org Sus4h, Tapi Emak Tetap Hulur RM20 Kepad4 Saya’ – Luahan Hattan, Buat netizen terkedu

 

<‘Kami Org Susah, Tapi Emak Tetap Hulur RM20 Kepada Saya’ – Luahan Hattan, Buat netizen terkedu

” Suatu hari, saya pulang ke kampung dan terfikir macam mana nak mulakan kerja bermain muzik…”

Itu luahan penyanyi otai, Datuk Hattan yang gagal menahan sebak saat mendendangkan lagu Rendang Tak Berbuah ketika menjayakan konsert solo, Hattan 35 Years Journey yang berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), malam kelmarin.

Ins1den itu berlaku ketika Hattan atau nama sebenar, Mohd Shukri Shahabudin, 57, mengimbau kenangan bersama ibu tercinta, Allahyrham Hindon Md Sani yang menghmbuskan nfas terakhir akibat pnyakit jntung pada 7 Disember lalu.

Dengan suara bergetar, Hattan berkongsi kisah berkat restu seorang ibu hingga mampu memberi kejayaan kepadanya selama 35 tahun berjuang sebagai anak seni.

Emak tetap hulur RM20

” Pada awalnya, arwh ayah dan emak agak keberatan mengizinkan saya bermain muzik. Mereka mahu saya menyambung pengajian.

” Tetapi, saya ambil keputusan untuk bekerja. Suatu hari, saya pulang ke kampung dan terfikir macam mana nak mulakan kerja bermain muzik.

” Kami orang susah, tetapi emak tetap hulur RM20 kepada saya.

” Saya tahu mak bukan ada duit banyak, mungkin duit ini dia mahu membeli beras.

” Namun, kerana anak, emak beri juga. Dari situ, saya berjanji takkan sia-siakan duit ini,” ujar penyanyi bersuara ‘jantan’ ini sambil menerima tepukan semangat daripada penonton.

Sepanjang tiga jam beraksi, Hattan menunaikan janji dilafazkan bukan sahaja memberi hiburan, tetapi mengajak mereka kembali bernostalgia menerusi koleksi lagu didendangkan.

Hasilnya, emosi penonton larut dalam kesyahduan vokal Hattan yang seakan merintih terutama ketika menyanyikan lagu bernada melankolik seperti Meniti Perjalanan, Arca, Dia, Memburu Rindu, Sekuntum Mawar Merah dan Mahligai Syahdu.

Suara Hattan masih ‘maintain’

Bagaikan ‘rollercoster’, Hattan kembali menghangatkan suasana menerusi lagu rancak seperti Biso Bonar dan lagu pembuka tirai konsert, Gerhana, Duit, Satu Malaya Dah Tahu serta Samba Apa Saja.

Pada malam itu, anak jati Seri Menanti, Negeri Sembilan ini turut menampilkan anak terunanya, Adam Eiman sebagai penyanyi undangan.

Selain menyanyikan lagu solo, Adam berduet dengan Hattan menerusi lagu Gadis Jolobu.

Kali pertama mengadakan konsert solo berskala mega sempena meraikan perjalanan kerjaya seninya selama 35 tahun, Hattan membuktikan yang dirinya sememangnya penghibur hebat.

Meskipun usianya melewati separuh abad, namun, vokal Hattan tetap ‘power’. Tiga jam menyanyi, Hattan tidak goyah, malah, tidak nampak langsung kepenatan.

Malah, sistem bunyi berkualiti menjadi penyumbang mengapa konsert anjuran Mewah Event Management itu menjadi antara konsert yang mesti ditonton, tahun ini.

Seperkara menarik mengenai konsert ini adalah, sepanjang beraksi, Hattan dilihat selesa berkomunikasi menggunakan dialek Negeri Sembilan yang menjadi tanda dagangnya dalam media sosial, sekali gus, membuatkan penonton berasa cukup dekat dengannya.

11 fakta mengejutkan tentang Hattan yang ramai tak tahu

1) Pemilik nama sebenar Mohd Shukri Shahabudin ini dilahirkan di Seri Menanti, Negeri Sembilan pada 21 Disember 1964.

2) Lagu “Memburu Rindu” ciptaan M. Nasir telah menaikkan nama Hattan selaku penyanyi solo yang popular di awal tahun 1991.

3) Beliau giat aktif sebagai penyanyi solo Hattan pernah menganggotai Kumpulan FRU dan pernah merakamkan album yang berjudul Kelahiran pada tahun 1988.

4) Beliau kemudiannya meneruskan kerjaya sebagai penyanyi solo dan telah melahirkan deretan album-album yang mengandungi banyak lagu popular sepanjang zaman.

5) Antara lagu-lagu beliau yang masih menjadi siulan sehingga kini ialah Memburu Rindu, Mahligai Syahdu, Dari Kekasih Kepada Kekasih, Rendang Tak Berbuah, Rindu Bertandang Lagi dan Rona-rona Cinta.

6) Beliau pernah berkahwin dengan Arianie Mohd Abidin pada 17 Disember 1996 sebelum bercrai talak satu pada 10 Mac 2005 di Mhkamah Rendah Syariah Petaling Jaya. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Adam Eiman (lahir 1998).

7) Hattan pernah mendedahkan rumh tngganya h4ncur kerana bawa isteri ke jalan yang saIah sehingga diuji dengan perpisahan. Kata Hattan hidupnya ketika itu juga tidak tenang.

8) Hattan juga pernah mengakui kehidupan beliau terlalu taksub mencari duit, lupa diri, asal usul daripada mana dia berasal serta lupa asas-asas agama.

9) Pada 11 November 2011, beliau telah mendirikan rumh tngga bersama Farah Asyikin Othman di kediaman penyanyi tersebut di Seri Menanti sebelum bercrai dengan taI4k satu di Mhkamah Rendah Syariah Kuala Pilah pada 12 Januari 2012.

10) Beliau kembali menikahi bekas isterinya Datin Arianie pada 24 Julai 2013 dan bahagia sehingga kini.

11) Kata Hattan, baru kini dia merasai nikmatnya bawa isteri ke masjid dan singgah minum kopi bersama isteri selepas balik dari masjid daripada menghabiskan masa di kelab-kelab malam seperti dulu.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber: Muzik Jalanan

About admin

Check Also

“Inilah video yg sel4lu buat i sedih yg ter4mat”-Shuib Kongsi Momen Permintaan Siti Sarah Buat Ramai Sayu

  SETAHUN pemergian Allahyarham Siti Sarah turut dirasai oleh bapanya iaitu Raisuddin Hamzah yang mengakui …

Leave a Reply

Your email address will not be published.