POSTED INARTIS “Say4 bersyukur…” Nama4Cepat Femes Lepas Kongsi Babak Terlebih Mesra Dgn Zul Ariffin.

 

ENAM tahun dalam industri lakonan, pelakon Nelissa Nizam bersyukur namanya kini semakin dikenali dan banyak menerima tawaran memegang watak sebagai heroin.

Kata Nellisa, popularitinya semakin melonjak naik selepas kontroversi aksi mesra bersama aktor Zul Ariffin.

“Sejak kontroversi dengan Zul Ariffin dulu, memang nama saya dikenali. Terima kasih kepada Zul dan everything get easier after that.

“Saya bersyukur bila kenal dan dapat bekerjasama dengan dia dulu.

“Dia hero pertama saya yang banyak mengajar saya mengenai lakonan,” katanya kepada mStar.

Nelissa Nizam kena tegur dengan netizen… Akui Zul Ariffin pemurah dan kelakar!

Mungkin ramai yang tertanya-tanya, mengapakah pelakon Nelissa Nizam kerap memuat naik gambar mesranya dengan aktor popular Zul Ariffin di Instagram?

Tidak hanya itu, ramai juga yang ingin tahu adakah Nelissa dan Zul Ariffin sedang menjalinkan hubungan cinta dalam diam?

Rupanya, perkongsian gambar-gambar tersebut tidak lebih sekadar untuk mempromosikan sebuah drama bersiri baharu yang menggandingkan mereka berdua sebagai pelakon utama.

Gara-gara perkongsian foto dan video mesra dengan aktor Zul Ariffin, pelakon Nelissa Nizam menerima pelbagai pertanyaan daripada peminat mengenai status hubungan mereka.

Tampil menjawab persoalan netizen berkenaan, Nelissa, 24, berkata perkongsiannya di laman sosial itu hanya sekadar mempromosikan drama terbaharu lakonan mereka berjudul Tarik Aku Ke Syurga (TV3

“Perkongsian itu bertujuan nak bagi tahu penonton tentang drama kami yang bakal bersiaran tidak lama lagi. Saya akui ada yang tegur aksi mesra itu tapi ia hanyalah sebahagian babak semasa penggambaran.

“Semuanya kerana watak sahaja, tak ada yang over pun. Kami menjalani penggambaran selama empat bulan, dah nak habis shooting barulah kami post gambar bersama sebagai promosi.

“Ya memang ada peminat Zul yang marah tapi saya abaikan sahaja komen atau mesej berkenaan. Memang dari dahulu saya hanya balas komen yang baik-baik sahaja. Yang negatif saya biarkan,” katanya kepada mStar.

Nelissa ditemui semasa tayangan perdana filem The Disappearance Of Irdina Adhwa yang diadakan di GSC Tropicana Garden Mall, Petaling Jaya, Selangor pada Rabu.

Walaupun dah tak berjumpa di set lagi tapi kami masih lagi keep in touch, tanya-tanya khabar!
NELISSA NIZAM
PELAKON

Sebelum ini, video promosi drama terbaharu lakonan Nelissa dan Zul Ariffin menarik perhatian netizen di laman sosial.

Aksi mesra pasangan ini menjadi perbualan hangat dalam kalangan peminat Zul Ariffin sehingga ada yang menyangka pasangan ini sedang bercinta.

Pertama kali bergandingan dengan aktor filem Sangkar itu, Nelissa berkata dia seronok dapat bekerjasama dengan hero Malaya ini.

“Bekerja dengan Zul sangat menyeronokkan, dia seorang cikgu yang baik. Zul sangat pemurah dia suka belanja semua orang, suka buat lawak dan memang fun bila berada di set penggambaran.

“Dia banyak tolong saya mempermudahkan urusan penggambaran, lagi pula ini pengalaman pertama saya bawa watak utama jadi memang besar harapan saya penonton dapat memberi sokongan kepada kami.

“Alhamdulillah penggambaran drama ini sudah selesai, cuma tunggu waktu tayangan di TV3 tak lama lagi. Walaupun dah tak berjumpa di set lagi tapi kami masih lagi keep in touch, tanya-tanya khabar tapi lepak-lepak tu tak ada,” ujarnya.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nelissa Nizam (@nelissanizam)

Sumber : Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Pelakon Gerak Khas SAC Shaharon Anuar bersar4 sebagai pegaw4i p0lis, sekali ada benda yang buat netizen terkejut?

  PEMINAT drama Gerak Khas mahupun naskhah melibatkan kepolisan tentu sahaja mengenali Datuk Shaharon Anuar Abdul Latif. Meskipun …

Leave a Reply

Your email address will not be published.