TIDAK mudah untuk seorang isteri melupakan kenangan bersama Allahyarham suami, termasuk harta peninggalan yang pastinya mempunyai banyak kenangan indah yang begitu berharga.
Itulah yang berlaku kepada balu Allahyarham Abam, Nor Hidayah Mohd Ali yang berkongsi video terbaharu di aplikasi TlkTok apabila ‘terserempak’ dengan kereta jenis Toyota Vellfire milik arwh.
Menerusi kapsyen yang ditulis dalam video itu, Nor Hidayah berkata, kereta tersebut kini hanya tinggal kenangan dan mengabadikan video terbabit supaya anak tunggalnya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey tahu mengenai kewujudan kereta bapanya.
“Ternampak kereta arwah suami – BNP 639. Hanya tinggal kenangan. Bila Hamzah dah besar inilah kereta ayah. Ayah pernah cakap kereta ini untuk keselesaan anaknya.
“Hamzah nanti doakan bisnes ibu berjaya boleh Ibu beli kereta macam arwah ayah,” tulisnya.
Perkongsian Nor Hidayah itu dibanjiri lebih 2,000 komen daripada netizen dengan rata-ratanya mendoakan agar wanita itu dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan untuk membesarkan anak.
Raisya marissa: “Sedihnya harta anak-anak yatim dirampas, InsyAllah rezeki Allah luas.”
ZakariaAhmad84: “Saya peminat arwah, saya doakan awak dengan anak awak di berikan rezeki yang melimpah ruah.”
LindaB7: “Dulu time arwah selalu buat show kat Shah Alam, pasti akan singgah kat Restoran Night Circle, kereta tu selalu parking kat depan kedai.”
Dalam pada itu, Nor Hidayah turut mengucapkan terima kasih kepada peminat Allahyarham Abam dan pengikut akaun media sosialnya kerana terus menyokongnya.
Sumber : Malaysiapost