“Tunjuk la resit tu bal” ,Iqbal Terima H4diah Jam Rolex Berh4rga 100k Daripada Datin…

 

Meskipun sering dik3cam oleh netizen, namun ia seolah tidak memberi kesan kepada usahawan sensasi Iqbal Zulkefli yang dilihat sudah lali dengan perkara itu.

Terbaru, Iqbal memuat naik video menerima seutas jam tangan mewah jenama terkenal, Rolex bernilai RM100,000 pemberian seorang usahawan wanita.

Menerusi video itu, dapat dilihat Iqbal nampak teruja ketika mengambil bungkusan yang diletakkan di dalam kereta Ferrari milik seorang usahawan dikenali sebagai Datin Reena.

Ketika membuka bungkusan berkenaan, Iqbal seakan tidak percaya menerima hadiah tersebut daripada usahawan yang dianggap seperti kakaknya itu.

Menurut Iqbal, dia sudah menunggu dua tahun untuk membeli jam tangan berkenaan namun tidak sangka menerima hadiah tersebut.

 

“Tidak pernah saya terima hadiah semahal ini. Jam Rolex ini saya tunggu sudah dua tahun untuk membelinya. Akhirnya dapat hadiah daripada kakak yang berbudi sejak sekian lama, Datin @reenazach,” tulisnya.

Dalam pada itu, Iqbal berkata dia sudah mengenali usahawan itu sejak 10 tahun lalu ketika dia merantau bersendirian di Kuala Lumpur dan wanita itu yang banyak membantunya.

“10 tahun lalu, ketika saya kesusahan dan tinggal sendirian di Kuala Lumpur. Satu-satunya insan yang saya berani untuk meminjam wang ialah kakak Reena. Dia kutip saya, bawa saya belajar bekerja. Kami keluar rumah seawal pukul lima pagi,” katanya.

Diruangan komen, rata-rata netizen teruja dengan hadiah yang diterima oleh Iqbal itu. Tidak kurang juga ada yang bergvrau meminta Iqbal menunjukkan resit pembeli jam berkenaan.

 

Sumber: kosmo

Sumber: Rotikaya

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

About admin

Check Also

Zamani Buk4 Mulut Cerit4 Tent4ng Rumah Tangg4 Selep4s 3 Tahun Berkahwin

BERTEMU jodoh pada usia menghampiri 50 tahun merupakan rezeki yang amat disyukuri oleh penyanyi utama …

Leave a Reply

Your email address will not be published.