Penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman yang berjaya menghasilkan sebuah lagu dari dalam penj4ra di Sungai Buloh berjudul Bebaskan Aku, sempat menyanyikan lagu tersebut buat anak perempuannya, Malaika.
Menerusi satu hantaran di akaun Instagram milik Yasin, ahli keluarganya memaklumkan bahawa mereka telah melawat Yasin di penj4ra dan Malaika telah meminta Yasin untuk menyanyikan lagu tersebut untuknya.
Semasa lawatan ke penjara yang lepas, Malaika telah meminta ayahnya untuk menyanyikan lagu ini untuknya.
View this post on Instagram
Beberapa hari kemudian, kami meminta Yasin untuk menyanyikan semula lagu ini menerusi panggilan telefon supaya ia dapat direkodkan dan dihayati oleh semua.
Melalui hantaran berbentuk video itu, dapat didengar Yasin yang menyanyikan lagu itu dari permulaan lagu sehingga habis.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan kata-kata semangat buat Yasin selain mendoakan kesejahteraannya di penj4ra.
Terdahulu, Yasin berdepan hukuman gantung sampai mati selepas didakwa atas tuduhan mengedar dadah jenis ganja di kediamannya pada 24 Mac lalu. Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan susulan pendakwaan.
Sumber : Ohbulan