Bertudung Berkopiah Pun Belum Tentu Islam, Selamb4 Jual Sate Ul4r Tepi Jalan

 

KUNJUNGAN ke Indonesia memang tak sah jika tidak mencuba keenakan sajian asli yang menjadi trademark masyarakat di sana.

Sebut sahaja ayam penyet, bakso, sate dan pelbagai lagi hidangan lain, sudah semestinya ia menjadi antara menu yang termasuk dalam senarai makanan ‘wajib’ untuk dicuba.

Lebih-lebih lagi kesemuanya mudah didapati di gerai tepi jalan dengan harga yang ditawarkan juga jauh lebih murah.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Bagaimanapun, video yang tular di media sosial baru-baru ini pasti membuatkan pelancong dari Malaysia lebih berhati-hati sebelum sembarangan mencuba makanan di negara berkenaan.

“Sebab tu ramai orang pesan, kalau travel ke Indonesia kena berhati-hati dalam bab makan, orang pakai tudung dan kopiah tak semestinya Islam. Ni buktinya,” tulis laman berkenaan.

Video yang dikongsikan di laman Twitter @malaysiavirall memaparkan sebuah gerai penjaja yang diusahakan oleh wanita bertudung menyajikan hidangan sate daripada pelbagai jenis haiwan eksotik.

Menerusi video berdurasi 52 saat itu, kelihatan penjaja berkenaan mempamerkan aksinya mengeluarkan ular tedung daripada sangkar, sebelum menyiang dan memotong daging reptilia itu untuk dijadikan sate.

Bukan sahaja menghidangkan daging, gerai tersebut turut menawarkan minuman daripada darah reptilia tersebut.

Sementara itu dalam satu perkongsian video berasingan, ia memaparkan seorang penjaja warga emas yang memakai kopiah turut menyajikan hidangan sate ular dan biawak.

Selain sate ular (kiri), ada pengunjung yang turut berani mencuba meneguk darah ular (kanan).

Turut dipamerkan di gerai tersebut adalah risalah yang mendakwa kononnya daging reptilia berkenaan merupakan ramuan tradisional bagi mengubati pelbagai jenis penyakit seperti sakit pinggang, paru-paru, asma, gatal dan menguatkan tenaga batin.

Perkongsian tersebut nyata mengundang reaksi kurang senang warga maya memandangkan penjaja berkenaan boleh mengelirukan pelancong menerusi imej mereka yang digambarkan seperti orang Islam.

 

 

Sumpah nak muntah part minum darah tu. Tak sanggup tengok sampai habis.

NETIZEN

“Seperti di Bali. Pakai tudung tapi kenapa jual nasi goreng bab1?

“Dulu masa pertama kali travel ke sana, konon teringin nak makan bakso tepi jalan. Tapi driver tak bagi takut tak halal walaupun penjual pakai tudung. Driver kata kalau nak makan, dia bawa gi restoran halal,” komen beberapa netizen.

Bagaimanapun rata-ratanya mengakui ‘kembang tekak’ dan loya apabila melihat bagaimana daging haiwan eksotik berkenaan selamba dijamah oleh warga tempatan.

“Sumpah nak muntah part minum darah tu. Tak sanggup tengok sampai habis.

“Kemain teguk macam minum air sirap.

“Jadi loya aku nak makan sate tengok video ni,” demikian antara komen netizen.

(Kiri) Risalah yang dipamerkan di gerai mengenai khasiat hidangan eksotik, (kanan) ular ditempatkan di dalam sangkar.

Bagaimanapun segelintir netizen warga Indonesia menyifatkan hidangan eksotik sedemikian hanya disajikan di daerah tertentu dan tidak adil untuk ‘memukul rata’ kononnya makanan di negara tersebut tidak halal.

Sehingga kini perkongsian video tersebut meraih hampir 4,000 ulang kicau.

Sumber  : mStar

About admin

Check Also

Pelakon Gerak Khas SAC Shaharon Anuar bersar4 sebagai pegaw4i p0lis, sekali ada benda yang buat netizen terkejut?

  PEMINAT drama Gerak Khas mahupun naskhah melibatkan kepolisan tentu sahaja mengenali Datuk Shaharon Anuar Abdul Latif. Meskipun …

Leave a Reply

Your email address will not be published.