Bayi Bersunat, Mira Filzah Menit1sk4n A1r M4ta Seb4k… Ini Pula Reaksi Siti Nurhaliza!

 

Pelakon Mira Filzah tidak dapat menahan sebak apabila bayinya, Wan Khair Amir selamat berkhatan atau sunat ketika baru berusia sebulan.

Pun begitu, Mira tetap berasa bangga melihat anaknya yang berada dalam keadaan tenang ketika proses berkhatan berkenaan.

“Ketahuilah papa dan mama sangat bangga bila mana kamu pandai membawa diri dengan baik semasa berkhatan.

“Mama sebak dan menitiskan air mata apabila mendengar kamu menangis pada awalnya.
“Papa tak menangis, tapi sedih jugalah. Tapi sepanjang masa sehingga selesai, kamu tenang dan senyap sahaja.

“Alhamdulillah, tahniah anakku. Semoga cepat sembuh buat juara kecil tersayang kami,” katanya.
Mira berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri yang sama Mira berkongsi beberapa keping gambar bayinya ketika proses itu serta fotonya yang dilihat sebak.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan artis turut mendoakan yang terbaik buat kesembuhan dan kesihatan anaknya.

Tidak ketinggalan penyanyi sohor negara Datuk Sri Siti Nurhaliza berkongsi rasa yang sama ketika anak lelakinya menjalani proses berkenaan.

“Kak Iti pun menangis masa Afwa berkhatan,” kongsinya di ruangan komen.

Mira turut membalas komen itu.

“Tak sampai hati dengar menangis tapi tak boleh buat apa,” responnya.

Terdahulu pada 10 Mei lalu, Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 29, selamat menimang cahaya mata sulung di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

Sekadar info, Mira mendirikan rumah tangga bersama Wan Emir Astar pada 3 September 2020

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by WAN EMIR ASTAR (@wanemirastar)

Sumber:Gempak

About admin

Check Also

Beli bar4ng dapur cec4h RM300, isteri terdi4m suami marah2 kat4 boros

yutyututyutyutut Sudah menjadi tanggungjawab suami memberi nafkah kepada keluarganya, termasuklah menyediakan keperluan rumah seperti makanan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.