“Maaf, kali ini aku tak dap4t tolong, Aku sendiri dalam keada4n yang memerlukan – Adibah Noor

“Maaf, kali ini aku tak dapat tolong, Aku sendiri dalam keadaan yang memerlukan – Adibah Noor

KUALA LUMPUR: “Kerana aku sendiri dalam keadaan yang memerlukan,”. Itu antara perkongsian terakhir penyanyi dan pelakon, Allahyarham Adibah Noor di Twitter pada Isnin lalu. Begitu pun, penyanyi lagu Terlalu Istimewa itu, pada ketika itu tidak memaklumkan tentang keadaannya yang menderita kanser Ovari tahap empat.

“Maaf, kali ini aku tak dapat tolong. Moga Allah permudahkan urusan mu,” tulisnya.

Arwah pada masa yang sama sempat membalas komen pengikut dan peminatnya di ruangan tersebut.

“Semoga Allah perkenankan, terima kasih atas doa kamu,” kata Adibah.

Perkongsian itu seakan-akan memberi bayangan bahawa dia akan pergi menemui pencipta petang tadi. Pemerhatian Utusan Malaysia mendapati komen Sehingga hari ini dibanjiri ucapan takziah dan doa buat penyanyi tersebut.

Terdahulu, arwah sempat menulis ciapan terakhir, mengucapkan salam takziah buat pelakon legenda Hamid Gurkha yang meningg4l dunai Rabu lalu.

Sumber: utusan

About admin

Check Also

Pelakon Gerak Khas SAC Shaharon Anuar bersar4 sebagai pegaw4i p0lis, sekali ada benda yang buat netizen terkejut?

  PEMINAT drama Gerak Khas mahupun naskhah melibatkan kepolisan tentu sahaja mengenali Datuk Shaharon Anuar Abdul Latif. Meskipun …

Leave a Reply

Your email address will not be published.