Hajat untuk membaw4 ibunya ke Umrah tingg4l kenangan…

Hajat untuk membawa ibunya ke Umrah tinggal kenangan…

Innalillahiwainnailahirojiun. Berita mengejutkan tentang pemergian adik Mohamad Hazeem Haiqal B. Shuhaimi akibat kemalangan jalan raya, sangat memberikan kesan buat yang mengenalinya dan juga kami di Lembaga Zakat Selangor.

Allahyarham baru sahaja menerima keputusan A+ dalam subjek kegemarannya.
Guru-guru ada memaklumkan bahawa betapa sukarnya sewaktu arwah ingin belajar sehinggakan terpaksa ke kedai mamak semata-mata untuk mendapatkan internet yang laju dan percuma.
Arwah sangat disenangi dengan guru-guru dan rakan-rakannya disekolah, aktif dalam Badan Agama Dakwah Akhlak & Rohani. Katanya ingin menjadi seorang pendakwah suatu hari nanti.
Arwah bukan daripada keluarga yang senang. Selalu menggunakan ruang yang ada untuk mencari duit dan tekad demi membantu keluarga. hajat untuk membawa ibunya menunaikan Umrah tidak kesampaian. Allahuakbar.

Arwah dan keluarganya merupakan penerima bantuan zakat dan Bantuan Dermasiswa Lembaga Zakat Selangor.
Kami warga kerja Zakat Selangor mendoakan agar arwah ditempatkan bersama orang beriman.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

sumber: media kini

About admin

Check Also

Beli bar4ng dapur cec4h RM300, isteri terdi4m suami marah2 kat4 boros

yutyututyutyutut Sudah menjadi tanggungjawab suami memberi nafkah kepada keluarganya, termasuklah menyediakan keperluan rumah seperti makanan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.