Kongsi Rezeki Deng4n Pekerja OKU, Netizen Puji Car4 Zara Zya Bersedekah

 

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan pelakon Zara Zya memberi sedekah kepada salah seorang pekerja di sebuah pasar raya. Lebih menarik perhatian, pekerja itu merupakan seorang yang berstatus orang kurang upaya (OKU).

Kongsi rezeki dengan pekerja pasar raya

Menerusi video tersebut, Zara Zya yang berada di sebuah pasaraya berjalan menghampiri seorang pekerja yang sedang melakukan pekerjaan di bahagian sayur-sayuran. Lebih mengejutkan apabila pelakon itu terus menampal sekeping wang kertas di bahagian kiri bahu pekerja tersebut. Tanpa berkata apa-apa Zara Zya terus berlalu pergi sambil melambai kepada pemuda tersebut.

Hi awak yang istimewa.

Aksi spontan tersebut menyebabkan pekerja itu tergamam dan cuba mencari sesuatu di belakang badannya sebelum menjumpai sekeping wang kertas dilekatkan di bahu. Pekerja tersebut terus menoleh ke belakang dan terus membuat tanda bagus.

Difahamkan, pekerja yang baru berkhidmat di pasar raya tersebut merupakan seorang yang berstatus orang kurang upaya (OKU) kerana memakai jaket yang tertera di belakangnya ‘saya pekerja OKU’.

Video:

 

@zarazyaofficial Hi awak yang istimewa.. #ZaraPrihatin #ZaraZyaOfficial ♬ suara asli – 𝕬𝖗𝖎𝖘 𝖎𝖗𝖊𝖓𝖌 🚸 – 𝕒𝕪.𝕬𝖗𝖎𝖘 𝖎𝖗𝖊𝖓𝖌 💜

Rakaman yang berdurasi 25 saat itu telah mendapat 1.4 juta tontonan dan 125 ribu tanda suka di aplikasi TikTok.

Di ruangan komen, rata-rata warganet memberi pujian kepada pelakon tersebut. Ada juga yang berharap tindakan tersebut patut diteruskan oleh semua.

Komen netizen:

 

Sumber: Oh bulan

About admin

Check Also

Pelakon Gerak Khas SAC Shaharon Anuar bersar4 sebagai pegaw4i p0lis, sekali ada benda yang buat netizen terkejut?

  PEMINAT drama Gerak Khas mahupun naskhah melibatkan kepolisan tentu sahaja mengenali Datuk Shaharon Anuar Abdul Latif. Meskipun …

Leave a Reply

Your email address will not be published.