Leher Ditebuk, Tangan Kiri Pat4h & Sering Lup4 Ingatan, Pemuda Terlantar Akibat Kemalangan Rayu Bantuan Kos Rawatan

 

Leher ditebuk, tangan kiri patah dan sering lupa ingatan selepas kemalangan. Itu yang sedang dialami oleh seorang pemuda yang berumur 24 tahun di Kelantan.

Pemuda tersebut, Che Muhammad Faizal Che Abdul Roni memerlukan bantuan sumbangan melalui tabung derma kilat untuk kos perubatannya.

Difahamkan, hidupnya ‘berubah’ setelah dirinya terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika menunggang motosikal merentas negeri semasa pulang dari kampung.

Akibat tragedi tidak dijangka itu, pemuda ini tidak lagi dapat bekerja. Kini, beliau hanya terlantar di atas katil di rumahnya di Kampung Palekbang, Tumpat di Kelantan.

Kisah pemuda ini diceritakan menerusi pihak Kelab Kebajikan & Sukarelawan Sosial-KELSS di laman Facebook mereka. Untuk ketahui lebih lanjut, mari ikuti perkongsian ini.

Tabung Kilat Faizal

Dari lawatan awal yang dilakukan oleh kru sukarelawan kami, mendapati pemuda ini Che Muhammad Faizal Che Abdul Roni, 24, layak untuk diberi bantuan.

Beliau kini terlantar dengan keadaan leher terpaksa ditebuk, patah tangan kiri dan kadangkala menjadi lupa ingatan selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya, di mana beliau terbabas ketika menunggang motosikal dari Kelantan ke Pulau Pinang untuk kembali mencari rezeki buat keluarga selepas bercuti di kampung.

Anak seorang buruh binaan yang juga anak kedua dari 8 beradik ini menerima kunjungan awal kru sukarelawan kami di sana baru-baru ini yang turut membawa sebuah kerusi roda dan sedikit sumbangan lampin di rumah ibu bapanya di Kg. Palekbang, Tumpat, Kelantan.

Dengan ini kami melancarkan Tabung Kilat Faizal untuk pencarian dana bagi membekalkan bantuan dalam bentuk seperti berikut:-

Segala sumbangan boleh disalurkan ke akaun rasmi seperti dipersetujui kedua ibubapanya, 

CIMB BANK 8602 4983 68

KELAB KEBAJIKAN DAN SUKARELAWAN

Segala pertanyaan kepada kami melalui WhatsApp ,

www.wasap.my/60179404640/Faizal

#𝐓𝐨𝐠𝐞𝐭𝐡𝐞𝐫𝐖𝐞𝐇𝐞𝐥𝐩

#𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐌𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐭𝐮

19.6.2022

Semoga Faizal mendapat rawatan yang sewajarnya dan kembali sihat.

Gambar: KELSS
Sumber: Facebook Kelab Kebajikan & Sukarelawan Sosial-KELSS

About admin

Check Also

Misteri B4u Busuk Terj4wab, M4yat Lelaki Ditemui Reput Dalam Rumah

  Misteri Bau Busuk Terjawab, Mayat Lelaki Ditemui Reput Dalam Rumah Alor Setar – Mayat seorang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.