‘Mac4m Satu Wake Up Call’- Norman Hakim Seb4k Jump4 Bapa?

 

Satu muatnaik milik Norman Hakim di Instagram-nya mencvri perhatian lensa Murai MY dan juga warganet di media sosial. Bintang filem Tiga Janda Melawan Dunia ini memuatnaik video pendek bersama bapanya dengan coretan yang menyentuh perasaan.

“Tanggungjawab Ayah Mak Bukan Sekadar Hantar Duit Belanja”

Dalam hantaran yang dikongsikan Norman, dia mendedahkan ketika menjenguk ibu bapanya yang tinggal di Kuantan membuatkan aktor ini tersedar akan tentang tanggungjawabnya kepada ibu bapanya dari sudut emosi.

Kesedaran yang dialami, membuatkan Norman berasa seb4k dan meluahkan rasa seperti seorang anak yang gagal kepada ibu bapanya.

 

“Saya perasan makin meningkat usia ayah mak kita, emosi dia orang makin sensitif. Lepas luang masa dengan mak kat bawah. Naik atas jumpa ayah pula. Saya bertolak lepas Zuhur dari KL, sampai dalam pukul 3.30 petang. Ayah tanya sampai bila tinggal dekat Kuantan ni?

 

Saya cakap lepas jamak Maghrib, nak kena gerak balik. Terus dia hela nafas panjang pasti pandang tempat lain. “Alamak aku ada buat salah ke?” cakap dalam hati. Pastu dia sambung “kenapa tak tinggal sampai esok?”.

 

Saya susun ayat terang satu persatu jelaskan esok anak sekolah kena siap-siapkan, pastu ada kerja kat pejabat, pastu ada latihan dan penggambaran dan lain-lain. Dia balas “ni depan mata tanggungjawab juga…. bla… bla…” Checmate.

 

Saya minta izin keluar kejap. Terpana akal dan hati. Tak tahu nak cakap apa. Macam satu wake up call. Tanggungjawab pada ayah mak bukan sekadar hantar duit belanja tiap-tiap bulan. Macam-macam benda main dalam kepala. Rasa gagal pun ada. Menggigil dan seb4k jap.” Tulisnya

 

via Instagram Norman Hakim

Diuji Terbatas Masa Bersama Ibu Bapa

Dalam penulisan panjangnya, aktor ini mendedahkan bahawa dirinya diuji dengan keterbatasan masa untuk bersama dengan kedua orang tuanya. Pelakon ini menitipkan agar dapat dipermudahkan untuk selalu pulang menjenguk ibu bapanya.

“Setiap orang dalam hidup ni ada macam-macam ujian kan? Ujian saya, batas masa untuk lebih banyak masa dengan ayah dan mak.

 

Bahagian ni saya tak ada doa yang spesifik, hanya mohon Allah permudahkan untuk saya balik selalu. Bersyukur sangat perjalanan darat hanya 2 jam KL-Kuantan tak perlu nak rentas laut.” Coretnya

 

Netizen Banjiri Ruangan Komen

Melihat muatnaik yang dikongsikan Norman, ramai warganet memberi komen dan pandangan masing-masing berdasarkan perkongsiannya di Instagram.

 

“Ya.. Ayah atau mak kita bukan nak kan duit atau harta bila usia mereka dah senja. Mereka hanya nak masa kita ada dengan mereka..”

 

“Hargailah sementara masih ada ibu bapa” komen mereka

 

via Instagram Norman Hakim

“Ya betul dan kita semua bertanggungjawab jaga mak ayah.”

 

“Semoga Allah permudahkan segala urusan abang Norman sekeluarga.. Dan semoga mak ayah sentiasa sihat walafiat dan dalam lindunganNya.. Ameen” komen mereka lagi

 

Apa yang dikongsikan Norman ini membuka mata semua bahawa sesibuk mana pun kita, cuba untuk luangkan lebih banyak masa bersama ibu bapa selagi hayat mereka masih ada.

Sumber  : Murai MY

About admin

Check Also

Pelakon Gerak Khas SAC Shaharon Anuar bersar4 sebagai pegaw4i p0lis, sekali ada benda yang buat netizen terkejut?

  PEMINAT drama Gerak Khas mahupun naskhah melibatkan kepolisan tentu sahaja mengenali Datuk Shaharon Anuar Abdul Latif. Meskipun …

Leave a Reply

Your email address will not be published.