Mona Allen men4nti empat tahun bakal j4di ibu, kini tampil berhijab sepenuhnya cuba baiki diri

 

Aktres Mona Allen enggan mengulas lanjut tentang penampilan berhijabnya dan memilih untuk membiarkan orang ramai melakukan andaian sendiri berhubung imej tersebut.

Menurut laporan mStar Online, Mona mengakui dia kini dalam proses memperbaiki diri ke arah lebih baik apatah lagi bakal bergelar ibu sekitar September nanti.

“Saya sebenarnya tak berani nak bagi kenyataan apa-apa mengenai penampilan saya sekarang. Bagi saya, apa yang saya kongsikan itu… itulah.

“Terpulang pada netizen nak tafsir. Sebab tak nak salah faham, nanti orang ingat saya nak berubah dengan menunjuk-nunjuk. Saya takvt kalau salah cakap, nanti jadi lain pula.

“Apa-apa pun, minta doa yang baik-baik. Saya pun dalam proses nak perbaiki diri. Nak menjadi seorang ibu dan isteri yang lebih baik,” kata pelakon berusia 37 tahun itu.

Ditanya mengenai kehadiran anak sulung nanti, pelakon drama Hati Yang Dikhianati itu bersyukur apabila mendapat pelbagai hadiah barangan bayi daripada orang sekeliling.

“Alhamdulillah, usia kandungan saya sudah memasuki tujuh bulan… Sekarang saya masih di Johor, teman suami shooting.

“Insya-Allah nanti balik KL, saya dan suami akan cari lagi barang keperluan baby. Tapi alhamdulillah, ramai yang menghadiahkan barang baby. Saya anggap rezeki baby dapat macam-macam,” ujarnya lagi.

Terdahulu, penampilan Mona mencurl tumpuan pengikutnya yang mendoakan agar dia terus beristiqamah selepas memuat naik beberapa foto mengenakan hijab.

Untuk info, Mona atau nama lengkapnya Munna Hafiraneza Allen mendirikan rumah tangga dengan aktor Pekin Ibrahim pada 7 Disember 2018.

Sumber : omm

 

About admin

Check Also

Hilang Sabar Selep4s Kena Lvdah, PA Meng4ku Pvkul Mak Wan Latah. Sekali Didie Alias Tampil Bersuara

  KONFLIK peribadi antara Mak Wan Latah dengan bekas pembantunya kini memasuki episod baharu apabila …

Leave a Reply

Your email address will not be published.