Siti Kasim Bid4s ‘Nasihat Baik’ PU, Neelofa T4mpil Bersuara

 

Bagi Neelofa, tidak menjadi kesalahan jika suaminya Haris Ismail atau PU Riz memberi peringatan sesuatu kebaikan terutama berhubung soal menjaga aurat individu yang sudah meninggal dunia.

Usahawan dan bekas pengacara itu turut mempersoalkan kewajaran peguam dan aktivis, Siti Kasim, membidas nasihat yang disampaikan suaminya.

“Kenapa dia (Siti Kasim) nak bidas perkara baik? Saya tak nampak logik di situ, apabila orang suruh buat benda baik, tapi dibidas,” katanya.

Jelas Neelofa, pesanan suaminya secara umum mengenai gambar arwah Adibah Noor yang tidak bertudung disiarkan hanya bertujuan meringankan beban ditanggung penyanyi terbabit.

“Semua tu akan dihisab nanti, arwah yang akan menanggung (dosa). Sekurang-kurangnya, inilah yang boleh kita lakukan untuk membantu arwah.

“Kita wajar berkongsi gambar yang menutup aurat untuk mengucap takziah kepada arwah,” jelasnya.

Neelofa berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran tudung terbaru jenamanya Naelofar X Disney Alice In Wonderland di sebuah kompleks beli-belah di Putrajaya hari ini.

Siti Kasim baru-baru ini menciap mengkritik nasihat PU Riz yang memohon orang ramai untuk tidak berkongsi imej Adibah Noor tanpa tudung ketika mengucapkan takziah ke atas pemergian penyanyi itu ke negeri abadi.

Penyanyi Terlalu Istimewa itu meninggal dunia dipercayai akibat menderita kanser ovari tahap empat pada 18 Jun lalu.

Siti Kasim berkata, PU Riz tidak sepatutnya mencampuri urusan orang lain sebaliknya hanya perlu menjaga ‘tepi kain’ sendiri.

Siti Kasim turut mempersoalkan kedudukan PU Riz yang dianggapnya seolah-olah berasakan dirinya sudah layak berada di syurga kerana boleh berkata-kata sedemikian.

Neelofa berkata, tiada paksaan untuk sesiapa pun untuk berbuat seperti yang diminta suaminya itu.

“Haris hanya meminta kalau boleh… kongsilah gambar arwah yang menutup auratnya,” katanya.

kredit:mkini

 

About admin

Check Also

[VIDEO] “Saya maafk4n segala..”- Set4hun Tk Berhubung, Sek4li Iqbal Ambil Keputusan Yg Mengejutkan Ramai

Usahawan sensasi, Datuk Seri Vida akhirnya mengambil keputusan untuk kembali berbaik dengan bekas pengurus peribadinya, …

Leave a Reply

Your email address will not be published.