Hari sukan merupakan hari paling meriah yang semua pihak sekolah wajib anjurkan, Pada hari sukan sekolah inilah ramai atlet sekolah boleh menujukkan bakat yang terpendam dalam acara sukan yang diminati. Namun begitu, ada juga segelintir pelajar yang terpaksa mengikut acara sukan hanya untuk mengisi kekosongan.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok @kml.abrhm yang memaparkan sekumpulan cikgu menyokong anak murid semasa acara tarik tali telah mencvri tumpuan.
Cikgu siap jer!t kuat untuk bagi semangat dekat anak murid
Menerusi video berkenaan, kelihatan sedang berlangsungnya acara tarik tali pada hari sukan sebuah sekolah.
VIDEO;
Apa yang lebih menghiburkan adalah apabila cikgu-cikgu setiap rumah memberi sokongan yang padu apabila anak murid mereka bertanding. Lebih melucukan lagi adalah apabila salah seorang cikgu rumah merah dilihat siap jer!t dengan gar4ng suruh anak murid mereka tarik lagi tali itu.
Bukan setakat itu, ada juga gelagat cikgu yang memberi semangat dengan memvkul anak murid dengan kertas. Gelagat-gelagat cikgu ini sangat comel kerana mereka yang kelihatan gelabah dan ingin menang.
“Sampai nak menang!s cikgu tu, patutlah kalau habis je hari sukan mesti cikgu yang paling penat” – Net!zen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 500K tontonan, 70K tanda suka dan 3K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat cikgu-cikgu itu. Malah, ramai yang memberikan pelbagai reaksi lucu.
KOMEN NETIZEN;
Sumber: https://says.com/