Tiga Tahun ‘Menunggu’ Seb4b Covid, Wanita Jepun Menangis Seb4k Dapat Makan Durian Malaysia

Durian merupakan buah-buahan tempatan yang terdapat di beberapa negara Asia seperti Thailand, Indonesia dan termasuk Malaysia. Digelar sebagai ‘raja buah’, tak hairanlah kalau ada yang sampai menangis apabila dapat menikmati durian, seperti wanita dari Jepun ini.

Namun, masih ada juga yang tidak suka dengan buah yang satu ini kerana mempunyai bau yang agak kuat.

Bukan sahaja orang Malaysia yang jatuh cinta dengan rasa lemak berkrim buah ini, orang luar juga ada yang menggemari raja buah ini hingga sanggup datang merentas benua untuk menikmati salah satu kenikmatan dunia termasuk warga Jepun ini.

Mengeksplorasi siaran Youtube milik salah seorang warga Jepun, dia berkongsi detik menikmati durian setelah tiga tahun. Menariknya, wanita Jepun ini menikmati durian hingga menitiskan air mata, seolah dia benar-benar merindui dengan kenikmatan rasa durian.

Dalam pada itu,  menerusi video Youtube yang menggunakan nama iChang RM, wanita dan pasangannya itu jelas sekali sangat menggemari buah tersebut dilihat dari ekspresi wajah setiap kali suapan lemak berkrim durian menyentuh lidah mereka berdua.

“Lama tidak berjumpa,” tegur salah seorang peniaga durian itu menandakan bahawa memang dia pernah singgah di gerai ini beberapa tahun lalu sebelum dunia dihebohkan dengan pandemik.

Lebih menarik, wanita Jepun ini juga memiliki dompet yang mempunyai bentuk seperti sepangsa durian. Menurut kapsyen yang dimuat naik bersama video berkenaan, peniaga durian tersebut mungkin mengenali mereka berdua berdasarkan dompet durian yang dimiliki oleh wanita Jepun itu.

Ikuti perkongsian video pengalaman warga yang berasal dari negara matahari terbit ini menikmati buah kebanggan Malaysia yang telah kami sertakan di bawah.

Sumber: iChang RM (Youtube) 

About admin

Check Also

“Jgnlah Aniaya Saya..”- Baru Je Aisyah Baw4 Kes Hadiah Tan4h Ke Mhkamah, Sekali Ini Jwapan Dato Vida

  Penyanyi dan usahawan kontroversi tanah air, Datuk Seri Vida, 50, berharap netizen dan orang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.