Neelofa Akhirnya Beritahu Bila Dia Ak4n Berpind4h Ke Tanah Arab, Dedah Masa Bila Nak Tunjuk Wajah Anak

 

Putrajaya – Niat ingin menuntut ilmu, selebriti p.opular Neelofa, 33, merancang akan berhijrah ke Tanah Arab bersama keluarganya sekitar awal atau pertengahan tahun depan.

Neelofa atau nama penuhnya, Noor Neelofa Mohd Noor berkata, penghijrahan tersebut telah dibincang bersama suaminya, Haris Ismail sejak awal perkahwinan mereka sekitar April tahun lalu.

“Masa awal kahwin dulu, kami ada berbincang bersama tentang sambung belajar dan mend.alami ilmu hadis. InsyaAllah jika ada rezeki, mungkin kami akan ke sana pada awal atau pertengahan tahun depan. Paling lama pun mungkin setahun kami akan menetap di sana,” katanya.

Bekas pengacara Nona itu berkata demikan ketika ditemui pada majlis pelancaran kolaborasi NaelofarXDisney di sini semalam.

Bagaimanapun, dia dan suami yang juga seorang pend.akwah bebas itu masih belum mempunyai kata putus dalam pemilihan lokasi untuk menyambung pengajian.

“Tengoklah sama ada di Madinah, Mesir atau di tempat lain yang sesuai. Sebab bila sudah ada anak, kami cuba teroka mana-mana peluang lain yang ada. Insya-Allah, kalau semua okey, kita akan ambil kursus jangka pendek saja.

“Kalau boleh saya nak Muhammad Bilal sudah tahu bercakap sikit, sekurang-kurangnya dia pun dapat belajar bahasa ketika berada di sana nanti,” jelasnya.

Akui bekas Dewi Remaja 20092010 itu, dia pernah memasang niat dan mencari peluang untuk melanjutkan pengajian di Timur Tengah sejak sebelum berkahwin.

“Sebenarnya sebelum kahwin dulu pun ada niat nak pergi ke sana, cari kursus belajar bahasa. Namun ketika itu, tidak ada kos yang dibuka untuk pelajar wanita, Perasaan ketika ini lebih ke arah teruja hendak ke sana berbanding rasa gementar,” kongsinya teruja.

Akan Sampai Waktu

Selebriti popular, Neelofa tetap dengan pendiriannya tidak berkongsi wajah anaknya, Muhammad Bilal, malah, tidak terkesan kr.itikan netizen ekoran mempercayai p.anahan p.enyakit Ain.

Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor, 33, berkata dia mahu Muhammad Bilal membesar seperti anak-anak lain, hanya akan berkongsi wajahnya apabila tiba masa yang sesuai.

Kalau netizen mempermainkan mengenai soal ini, sebenarnya mereka mempermainkan kewujudan pe.nyakit Ain. Bukan mempermainkan saya. Dan pe.nyakit Ain ada dalam hadis sahih. Saya tidaklah pandai, tetapi saya mungkin boleh menc.egahnya.

Saya lakukannya walau netizen meng.ecam sekali pun. Saya menitik berat soal kes.ihatan, kesel.amatan dan kesejahteraan anak. Tunggulah, beri Bilal besar sikit.

“Saya bukanlah mahu s.orok atau tutup terus muka Bilal. Hanya berikan saya sedikit masa dan Bilal besar sedikit, barulah kami akan membawanya keluar,” katanya.

Terdahulu, Neelofa enggan berkongsi wajah Bilal memandangkan anaknya masih kecil, justeru mahu mengelakkan pe.nyakit Ain iaitu gan.gguan disebabkan pandangan.

Pun begitu, Neelofa berkata, tidak meletakkan jangka masa seperti dua atau tiga bulan untuk berkongsi wajah Bilal.

Kata Neelofa, masa akan tiba suatu hari nanti. Bilal baru mula makan, bulan hadapan, jadi kita lihat bagaimana pertumbuhannya. Bila semuanya okay, kita akan perlahan-lahan kongsi wajahnya, katanya.

Dalam menerima krit.ikan netizen, Neelofa turut mengakui, dia menerima sokongan positif dari rakan artis, antaranya pelakon dan pengacara, Elly Mazlein.

Macam Elly sendiri, dia pernah berkongsi. Dia nampak anaknya lebih ceria dan gembira apabila di sekolah kerana orang tidak mengenalinya anak siapa. Jadi, ia adalah untuk kesi.hatan mental kanak-kanak juga. Mungkin jika pergi mana-mana, kena s.erbu atau ada yang mahu bergambar.

“Kasihan pada Bilal. Dahulu saya panjat pokok tiada orang kisah pun macam zaman kecil,”

Kredit : BH/Kosmo    via ONLINE MALAYA

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditul

About admin

Check Also

Beli bar4ng dapur cec4h RM300, isteri terdi4m suami marah2 kat4 boros

yutyututyutyutut Sudah menjadi tanggungjawab suami memberi nafkah kepada keluarganya, termasuklah menyediakan keperluan rumah seperti makanan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.