“Bertaubat ibu, cari reda Allah” -Pesan bek4s pengurus perib4di buat Mak Wan Latah

“Bertaubat ibu, cari reda Allah” -Pesan bekas pengurus peribadi buat Mak Wan Latah

Perbalahan antara bekas pengurus peribadi dan pelakon senior, Mak Wan Latah nampaknya masih ada rentetannya susulan kedua-dua pihak tampil mengeluarkan kenyataan masing-masing.

Mak Wan yang menjawab segala tuduhan bekas pengurus peribadinya sebagai satu fitnah turut menyifatkan Mell ‘sakit otak’ kerana mendedahkan segala perkara yang tidak pernah dilakukannya.

“Sudah2 menipu tu ibu”
Susulan daripada itu, bekas pengurus peribadi tersebut telah membuat ‘live’ di TikTok dengan meminta Mak Wan supaya sudah-sudahlah menegakkan benang yang basah apalagi dia membuat laporan polis mengatakan yang dirinya difitnah Mell.

Dalam rakaman yang dibuat oleh pengguna TikTok dikenali sebagai @wawaaaaaa.09 dan dikongsikan semula di TikTok, Mell telah meluahkan apa yang dirasa sekali lagi dengan menyuruh pelakon senior itu berhenti menipu serta meninggalkan segala amalan syirik yang dilakukan.

Dia juga mengakui sayang akan pelakon yang dipanggil sebagai ‘ibu’ itu walaupun telah dikhianati berkali-kali.

Bertaubatlah dan cari reda Allah
Tak hanya itu, dia yang membuat live dalam keadaan sebak turut memaklumkan sangat menghargai jasa pelakon wanita tersebut yang dianggap sebagai ibu sendiri. Namun, dia berharap supaya Mak Wan Latah insaf dan tidak lagi mengganggu orang lain dengan amalan khurafat.

Di akhir video tersebut, Mell meminta supaya Mak Wan menjaga diri memandangkan dia sudah berusia dan mematuhi segala pantang larang yang sering diamalkan seperti tidak boleh lalu di bawah ampaian.

Dari mata nampak Mell sayang Mak Wan
Perkongsian berkenaan telah menghadirkan pelbagai komen daripada warganet yang menyatakan bahawa riak muka Mell jelas menunjukan bahawa dia sangat menyayangi Mak Wan.

Namun, ada juga di antara mereka berharap supaya masalah ini tidak dikongsikan terus ke laman sosial kerana ia merupakan aib sesama mereka dan tuduhan-tuduhan yang agak berat itu tidak lagi dibualkan kerana sangat sensitif untuk digaduhkan secara umum.

Kalau betul lebih baik settle secara peribadi

Hanya yang tahu cerita sebenar yang rasa sebak

Kalau sorang cakap tak elok mungkin fitnah, tapi ni ramai…

Semoga Allah permudahan urusan kedua-dua belah pihak

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Berpel0kk4n Di Atas Pel4min T4npa Fikirk4n Peras4an Isteri, Ini Keny4taan Sed1h Datin Shahida

  Terbaharu, usahawan kontroversi, Aliff Syukri memaklumkan dia akan tetap melancarkan lagu terbaharunya yang berjudul …

Leave a Reply

Your email address will not be published.