“Kalau nak jumpa kenap4 perlu ser4ng’-Lufya Kena Pvkul, Bekas Suami Cerita Perkara Sebenar

 

Kuala Lumpur: “Ex husband (bekas suami) awak kan? Ya Allah, jahatnya. Please buat police report (tolong buat laporan polis).”

Itu komen seorang pengguna media sosial di Instagram Lufya susulan pendedahan dibuat penyanyi dan pelakon itu yang mendakwa seorang lelaki cuba menculik anak perempuannya, Laana Haura, 5, ketika berada di taman permainan di Kota Damansara, Ahad lalu.

Komen itu turut mendakwa bekas suami Lufya iaitu Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum, 32, sebagai dayus selepas ditanya adakah dia mengupah orang untuk melakukan perkara itu.

“Not sure (tak pasti) but (tapi) memang kerja ex husband (bekas suami) dia ni. D4yus,” tulisnya.

Hafiz ketika dihubungi Harian Metro menafikan dia terbabit dengan insiden itu dan mendakwa tuduhan netizen itu adalah fitnah.

Katanya, dia masih berfikiran waras dan tidak sanggup menggunakan kekerasan semata-mata mahu berjumpa anak.

“Tuduhan netizen itu adalah fitn4h. Sebagai bapa saya tak sanggup buat macam tu. Kalau nak jumpa anak, saya akan minta izin. Kalau tak dapat jumpa, saya runding baik-baik.

“Kalau nak jumpa saya akan cakap baik-baik dan bukan mengamuk. Kalau dia tak bagi, saya cuba dan minta lagi. Bukan dengan kekerasan. Saya akan cuba faham jika tak dapat jumpa. Saya tetap sabar dan tak putus asa.

“Kalau nak jumpa kenapa perlu ser4ng. Saya bukan jenis berdendam. Perkara lepas biarlah berlalu. Saya sudah lama ‘move on’ dan sudah ada kehidupan baru. Takkan nak upah samseng,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Hafiz, dia mengetahui insiden itu apabila dimaklumkan pengguna laman sosial yang menghantar mesej (DM) di Instagram.

“Saya pun baru tahu daripada orang dan kawan yang ‘forward’ perkara itu. Kalau tak, memang tak tahu apa-apa. Sepatutnya dia perlu cakap pada saya awal lagi. Saya ini masih bapa kepada anak kami, walaupun bukan lagi suami kepadanya.

“Selepas dapat tahu terus saya menghubunginya dan buang segala ego sebab mengenangkan keselamatan dan keadaan anak. Alhamdulillah, dia kata anak okay dan dirinya stabil. Saya doakan dia semoga dalam keadaan baik-baik saja.

“Saya harap dia buat laporan polis segera. Selepas ini kena lebih berhati-hati jika nak bawa anak bermain di kawasan awam. Apatah lagi sekarang banyak kes jen4yah,” katanya.

Ketua Polis Daerah Beritahu, Masih Belum Ada Laporan Di Buat

: Tiada sebarang laporan polis dibuat pelakon dan penyanyi, Lufya Omar selepas mendakwa dirinya diserang seorang individu ketika cuba menyelamatkan puterinya, Laana Haura daripada diculik di sebuah taman permainan di sekitar Kota Damansara, dekat sini, kelmarin.

Mengesahkan perkara itu kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, setakat ini tiada laporan diterima pihaknya.

Bagaimanapun, kata beliau, mangsa diminta tampil membuat laporan mengenai dakwaan berkenaan untuk siasatan lanjut.

“Kita menasihatkan mngsa supaya tampil membuat laporan untuk siasatan lanjut,” katanya ringkas ketika dihubungi di sini hari ini.

Melalui permehatian di ruang komen, ramai mula pelik dan tertanya-tanya mengapa Lufya masih belum buat laporan P0lis kerana ia melibatkan jen4yah dan keselamatan mereka sekeluarga

Terdahulu, menerusi entri Instagram, pelakon itu berkongsi keadaan wajahnya terkini yang dilihat mempunyai kesan kecederaan akibat diserang penculik tersebut.

Katanya, individu itu memukulnya menggunakan batang kayu sehingga menyebabkan kecederaan pada wajah dan badannya.

Kejadian itu didakwa berlaku kira-kira pukul 5 petang ketika dia dan anaknya berada di taman permainan Kota Damansara.

Lufya berkata, setiap wanita terutama bergelar ibu perlu mempunyai ilmu asas mempertahan diri agar dapat melindungi diri dan anak jika kejadian seperti ini berlaku.

Dalam pada itu, Lufya juga menekankan orang ramai harus sentiasa berwaspada selain memohon agar mendoakan kesembuhan dirinya.

kredit: hmetro

About admin

Check Also

[VIDEO] “Saya maafk4n segala..”- Set4hun Tk Berhubung, Sek4li Iqbal Ambil Keputusan Yg Mengejutkan Ramai

Usahawan sensasi, Datuk Seri Vida akhirnya mengambil keputusan untuk kembali berbaik dengan bekas pengurus peribadinya, …

Leave a Reply

Your email address will not be published.