Tak perlu jual ayam mah4l mac4m nak ke Mekah b4lik hari – Jukee Ayam

 

Seorang peniaga ayam menyifatkan penjual yang meletakkan harga tinggi untuk ternakan itu seperti individu yang mahu ke Mekah ‘balik hari.’

Zukila Deraman – yang terkenal kerana harga ayam murahnya di Kelantan – berkata peniaga terbabit meletakkan harga tinggi kerana mahukan margin keuntungan yang besar.

Katanya harga daripada pihak pemborong sebenarnya sudah wajar.

“Pemborong letak harga molek (murah) dah, tapi geng peniaga saja yang jual harga tinggi RM8.50 hingga RM9 sekilogram.

“Nak untung (banyak) ibarat nak pergi Mekah balik hari. Nak untung banyak, untung RM5 atas seekor ayam, itu yang jadi masalah,” katanya dalam satu perkongsian video di media sosial.

Kerana itu, kata Zukila, orang ramai kec0h apabila dia menawarkan ayam pada harga RM6.99 sekilogram.

Terdahulu, Zukila, 44, yang lebih dikenali sebagai Jukee Ayam menarik perhatian ramai kerana harga yang ditawarkannya itu jauh lebih murah berbanding harga siling ditetapkan kerajaan iaitu RM9.40 sekilogram.

Katanya, harga jualannya itu sudah memberi keuntungan memandangkan harga ayam ladang daripada pembekal ialah antara RM5.50 hingga RM6.30 sekilogram.

Justeru jelas Jukee, peniaga tidak sepatutnya menjual ayam dengan harga yang mahal semata-mata mahu mengaut keuntungan besar tetapi akhirnya pembekal juga akan menaikan harga jualan mereka.

“Kebanyakan peniaga dapat bekalan daripada pembekal sama dengan harga yang sama sahaja, jadi bergantung kepada peniaga sekiranya mereka mahu keuntungan lebih, mereka akan menjual dengan harga mahal.

“Tetapi perlu ingat, apabila kita menjual dengan harga yang mahal bukan sahaja ia membeb4nkan pengguna, sebaliknya pembekal juga akan mengambil kesempatan menaikkan harga dengan alasan peniaga mendapat keuntungan tinggi,” katanya yang mempunyai tujuh cawangan kedai ayam proses.

 

Sumber: https://www.malaysiakini.com/

About admin

Check Also

Pnump4ng Tiada Duit Kecil, Pm4ndu Grab Halalkn Je. Sbulan Kmudian Dpt Surat Msteri Diselit di Wiper Kereta

  Siapa sangka, tindakan seorang pemandu Grab menghantar seorang penumpang tanpa mengambil sebarang bayaran sebulan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.