Misteri B4u Busuk Terj4wab, M4yat Lelaki Ditemui Reput Dalam Rumah

 

Misteri Bau Busuk Terjawab, Mayat Lelaki Ditemui Reput Dalam Rumah

Alor Setar – Mayat seorang lelaki berusia 56 tahun yang sudah mereput dilaporkan telah ditemui di sebuah rumah di Jalan Meranti, Tambang Badak kira-kira pukul 7.00 pagi tadi.

Memetik laporan Kosmo, penemuan mayat itu berlaku selepas jirannya dipercayai telah terhidu bau busuk.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata jiran terbabit cuba untuk menghubungi mangsa tetapi tiada jawapan.

Dia kemudian telah menghubungi talian kecemasan sebelum pasukan bomba membantu membuka pintu rumah tersebut.

“Mayat mangsa ditemui dalam keadaan terlentang dengan mayatnya sudah berbau dan mereput,” katanya.

Tambahnya lagi, tiada kesan pecah rumah atau unsur jenayah lain ketika melakukan pemeriksaan di tempat kejadian.

Sementara itu, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat.

Sumber: Kosmo

About admin

Check Also

“Pengorban4nArwh selamatkan ibu dariBuaya” MngsaDitemui, R4mai tersentuh bila ibu arwh buka cerita kejadian

  Kinabatangan: May.at wanita yang dilaporkan disambar bvaya di Kampung Tanjung Bulat, dekat sini, sudah …

Leave a Reply

Your email address will not be published.