7 beradik sepakat menjag4 ibu tiri yang sed4ng nazak

Terharu dan sebak saya melihat kesepakatan 7 beradik ini menjaga ibu tirinya yang nazak.

 

Anak-anaknya ini berkumpul di hospital sejak minggu lepas.

Bila ditanya, mereka mengatakan, ini mak tiri kami.

Tapi dialah yang jaga kami 7 beradik dari kecil.

Mak meninggal lepas bersalin adik bongsu, lama dah. Umur adik pun 27 dah.

Lepas 2 tahun ayah nikah dengan mak baru (sambil memandang tubuh lesu terbaring).

Susah masa tu.

Kami semua kecik. Ayah tukang rumah. Ada kerja ada duit. Takde kerja ambil upah tolong orang. Semua kerja buat.

Mak pula buat kuih, nasi lemak. Kadang ambik upah menoreh getah. Maklumlah, orang susah. Janji dapat duit.

Tapi kak, mak ni memang baik sangat.  Bayangkan umur kami semua rapat, saya sorang perempuan. Abang 6 orang. Bila diingatkan, memang nakal dulu masa kecik.

Tapikan seingat saya, mak tak pernah memaki hamun. Marah sikit-sikit adalah. Ada satu ketika, ayah ikut kontrak, jarang balik rumah. Sebulan sekali. Nak balik kerap, tak mampu. Nak jimat duit. Mak la yang jaga kami semua

Bila dikenang balik, mulianya hati dia jaga kami anak-anak tiri.

Mak pernah mengandung 2x, tapi keguguran. Dan hingga sekarang, dia tak punya anak sendiri. Tapi kami tak rasa beza pun, tak anggap dia mak tiri. Bagi kami, inilah mak kami. ”

Ini sekarang kami berkumpul jaga mak. Adik dari Penang, amik cuti. Saya dari kuantan, pun bercuti. Abang lain ni ramai semua kami pakat jaga gilir-gilir.

 

Kesian kak, tengok mak macam ni. Dia selalu kuat, ceria.

Doktor pun kata dia dah lemah sangat. Organ dalaman dah tak kuat. Ibarat kata orang, tunggu masa aje dah ni.

Teringat saya pada pesan ustazah di surau minggu lepas.

Buatlah baik setiap masa.

Manusia mungkin tak nampak, tapi Allah Maha Mengetahui.

Orang baik pengakhirannya pasti baik.

Melihat makcik Minah, dalam keadaan beliau berjuang di saat akhir ini walaupun tidak sedarkan diri, beliau sesungguhnya orang yang beruntung.

Biarpun tak punya zuriat, namun anak-anak yang beliau jaga sejak 50 tahun lepas sentiasa di sisi beliau.

Sanak saudara- jiran sentiasa penuh melawat sentiasa mendoakan beliau.

Moga Allah merahmati dan redha denganmu makcik.

Sebak tengok orang sakit.

#KisahKehidupan

Perkongsian : Nomie Mat Lias (2018)

About admin

Check Also

Pelakon Gerak Khas SAC Shaharon Anuar bersar4 sebagai pegaw4i p0lis, sekali ada benda yang buat netizen terkejut?

  PEMINAT drama Gerak Khas mahupun naskhah melibatkan kepolisan tentu sahaja mengenali Datuk Shaharon Anuar Abdul Latif. Meskipun …

Leave a Reply

Your email address will not be published.