Bud4k Maut, Tertindih Fon Tengah Cas M4sa Tidur, Dada Ada Kes4n Terbakar Dipercayai Fon ‘Meletup’

 

Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima 9 tahun dilaporkan maut di rumahnya di Kabupaten Ciamis, Jawa Barat pada Rabu. Mangsa dipercayai maut berpunca dari letupan telefon bimbit milik ibunya.

Menurut Ketua Kampung, Dedi, kejadian berlaku sebaik sahaja mangsa pulang dari sekolah sekitar jam 2 petang, lapor Kompas. Ketika itu, ibu mangsa mengajaknya makan sebelum dia keluar rumah untuk membeli makanan untuk mangsa.

Dia mendakwa, mangsa terus bermain dengan telefon bimbit yang masih bersambung dengan pengecas sebaik sahaja ibunya keluar. Ketika pulang dari membeli makanan, ibu mangsa mendapati korban sudah tidak bernyanya dan berada dalam posisi terbaring.

Menurutnya lagi, mangsa dipercayai tertidur semasa bermain telefon itu melihat dari posisi telefon yang masih berada pada dada mangsa. Telefon bimbit itu diduga ‘meletup’ melihat daripada luka terbakar pada dada mangsa.

Sementara itu, menurut ibu mangsa, pengecas telefon bimbit tersebut masih berada dalam keadaan elok dan disambungkan pada plug, namun tidak ada kesan terbakar pada kedua-dua bahagian plug dan kabel.

Sumber: Kompas.com

About admin

Check Also

Jadi Diriku Kat4nya…K4nser Hil4ng, Tudung Elyana Pun D4h Terbang

  Kanser hilang, tudung pun terbang? Tindakan Elyana memuat naik gambar tak bertudung di Instagramnya …

Leave a Reply

Your email address will not be published.