“Tak Perlu Panggil Saya Hajah , Seg4n Pul4 Rasanya”- Nelydia Senrose

 

Pelakon Nelydia Senrose kini memegang gelaran hajah di usia 28 tahun selepas pulang daripada mengerjakan ibadah haji baru-baru ini bersama suaminya, Mohd Hafez Halimi.

Walau bagaimanapun, Nelydia berkata dia mengakui segan apabila dipanggil gelaran Hajah dan lebih selesa dipanggil dengan namanya sahaja.

“Tak perlu panggil saya hajah, segan pula rasanya. Cukup dengan Nelydia saja,” katanya, dipetik dari Harian Metro.

Melalui perkongsian di Instagramnya baru-baru ini, Nelydia turut melahirkan rasa syukur dan berterima kasih diatas usaha suaminya untuk menjadikan mereka tetamu Allah dalam mengerjakan rukun Islam kelima itu.

“Syurgaku.. terlalu banyak usaha, pengorbanan dan besar pelaburan mu untuk kita menjadi tetamu Allah. Niat dan keikhlasan mu untuk kejalan Allah sangat ku kagumi. Dia tidak berkira-kira untuk memberi yang terbaik demi jalan Allah. ”

“Dia juga menjagaku dengan penuh hormat dan kasih sayang. Dia lah sebaik-baik rezeki buat ku dari yang Maha Agung. Moga Allah satukan hati kami hingga ke syurgaNya.” tulisnya.

Ditanya mengenai apa yang dipohon ketika berada di Tanah Suci, Nelydia mengakui dia tidak boleh menipu diri memohon untuk memperbaiki diri menjadi hamba yang lebih baik serta terus istiqamah.

“Tipu kalau saya katakan kehadiran saya di sana bukan untuk mencari keredaan Ilahi. Di usia saya sekarang dan sudah melalui macam-macam fasa dalam kehidupan. Saya tidak boleh menipu diri.

“Allah itu Maha Mengetahui apa yang kosong dalam isi hati saya selepas melalui zaman remaja dan kini memasuki alam dewasa. Saya selalu berdoa supaya Tuhan tingkatkan keimanan dan beri saya kekuatan untuk terus istiqamah.

“Di bumi Allah memang kita boleh buat, tapi bila sampai sini lain pula ujian yang perlu dilalui. Jadi, saya selalu berdoa supaya Allah jauhkan saya daripada perkara yang boleh menghalang saya untuk melakukan sesuatu yang terbaik,” katanya.

Nelydia Senrose bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid pada April 2019 iaitu dua tahun selepas pasangan terbabit bersua buat kali pertama pada 6 April 2017. –

Sumber: CARI

About admin

Check Also

Pelakon Gerak Khas SAC Shaharon Anuar bersar4 sebagai pegaw4i p0lis, sekali ada benda yang buat netizen terkejut?

  PEMINAT drama Gerak Khas mahupun naskhah melibatkan kepolisan tentu sahaja mengenali Datuk Shaharon Anuar Abdul Latif. Meskipun …

Leave a Reply

Your email address will not be published.